12/04/2009

My sanctuary…

Semak kan? Hahaha… Tapi itulah tempat yang paling selesa untuk aku menulis semua idea² aku menjadi cerita. Well, I admit, cerita yang aku tulis masih lagi belum siap, tapi sedikit sebanyak ianya mula taking shape. 2 komputer kat atas tu adalah nadi aku untuk meneruskan matlamat aku menghabiskan semua ayat² sehingga yang terakhir. Cewahhhh… Ayat tak hingat!

Komputer yang belah kanan tu aku guna untuk aku compile semua idea² penting selepas aku buat outline jalan cerita kat rough paper. Komputer tu gak la yang aku guna untuk aku elaborate sesuatu idea yang aku dapat. Netbook tu pulak aku guna untuk kerja² opis, selain daripada aku gunakan untuk menaip semua idea² yang datang semasa kat opis.

So, sekarang ni, aku dah ada tebiat baru yang aku jadikkan habit. Ke mana jer aku gi sekarang nih, mesti kena ada kertas kat dalam poket. Sekali dengan pensil. Takut bila idea datang, tak der tempat nak conteng. Hehehe… Yang kelakar nyer, aku dah dapat idea nak tulis cerita apa lepas novel yang sedang aku tulis ni siap nanti. Time tu aku tengah jalan balik dari ofis waktu hujan. Tetiba aku dapat idea nak tulis pasal cerita kedua tu. So, dalam hujan lebat, aku benti, keluarkan kertas rough yang ada dalam poket, terus aku tulis idea tu. Dalam hujan lebat! Hahahaha… Sungguh senang! So, looking foreword to it!

Yang satu ni pun penting gak. Kalo tak der memang kerja tak menjadi. Tiap kali aku kekeringan idea, menghisap dua tiga batang rokok pasti akan memberikan aku idea mantap untuk menulis. Hahahaha… Pelikkan? Tapi, itu la…

Nanti, aku buat posting plak pasal proses² terakhir aku menyiapkan novel tu nanti. So, tunggu ek!

[ Cerita penuh... ]

Playstation ngan aku, rasa macam dah sinonim dah di kalangan kengkawan aku. 3 Disember merupakan tarikh keramat produk populer satu dunia dilahirkan. Aku memang dah biasa dengan Playstation nih semenjak yang pertama lagi.

Aku ingat lagi time aku membeli Playststion 2, sebulan selepas ianya dilancarkan 9 tahun dulu di Jepun. Terus aku gi beli ngan seorang kawan aku menaiki motor. Aku beli pun semata² nak main 2 game yang tengah hits waktu tu. Final Fantasy X dan jugak Metal Gear Solid 2. Berabis duit pun tak apa. Sekarang ni pulak, kegilaan aku dengan Playstation 3 pulak. Tapi sebabkan gamenya yang giler bapak nak mampus mahal, kegilaan bermain tak lah macam zaman Playstation 2 dulu. Ye lah. Playstation 3 ni kena main game ori jer…

So, happy birthday Playstation! May the next war will be on your side again!

[ Cerita penuh... ]
12/04/2009

Projek terbaru…

Sebenarnya, aku dah tak der idea nak menulis apa, sebab banyak idea aku telah ditulis kat blog aku yang satu lagi tuh. Blog apa? Tak payah la aku nak cakap blog yang mana. Sebab bagi aku, blog yang satu lagi tu cukup personal dan penuh dengan pemikiran “terlampau” aku. Hak hak hak hak…

Masa aku sekarang ni banyak habis depan netbook aku semata² nak menghabiskan penulisan novel aku yang dah lama tertangguh. Kali ni, aku betul² dah nekad nak menamatkan cerita yang dah aku mulakan beberapa tahun dulu. Tapi, aku rasakan aku terpaksa bermula semula dari awal sebab banyak ayat² yang ada dalam penulisan aku yang lama perlu diupdate balik. Dah kelam-kabut aku rasa…

Dengan pertolongan seorang kawan dari office, well bukan satu office sebenarnya pun. Al-maklumlah, pejabat aku sekarang ni dah tak sama dengan dia. So, terpaksalah berhubung melalui (YM). Dia sedikit sebanyak dapatlah menolong aku dengan penceritaan novel aku tu. Dapat jugaklah kami create 1 kerektor untuk aku masukkan dalam novel aku tuh. Okay la tuh! Walaupun pertolongan dia bukan secara terus, tapi sedikit sebanyak, dengan pertolongan dia, perjalanan cerita banyak berubah. Tu ler sebabnya aku cakap aku kena mula balik cerita tu dari mula. Banyak yang nak kena rombak.

Tak tau la bila nak siap novel tu. Tapi aku boleh katakan tak lama lagi kot... Baik aku persiapkan memana yang patut sebelum aku hantar untuk diedit dan diproof-readkan. So… Ganbare… p(^_^)q

p/s: Banyaknyer kerja…

[ Cerita penuh... ]

Salam...

Huaaa... Lama giler tak buat posting. Semenjak habis raya hari tu, sampai la raya haji ni, idup aku tunggang langgang sikit. Kerja memanjang. Bizi lebih daripada menteri kerja raya. La nih, aku dah get hold sket kerja-kerja tu. Boleh gak aku buat posting dari tempat kerja guna e-mel.

Apsal guna e-mel nak buat posting? Biasalah, tu jer yang boleh aku guna untuk buat posting macam ni. Tempat kerja aku ni kedekut sikit. Access internet limited. Site macam blogger, facebook sume tak boleh masuk. Nak buat entry pun susah. Tapi tak per la. E-mel pun, e-mel lah. Janji boleh. Balik rumah nanti aku edit la balik, tambah gambar ker, edit format ker, hape ke.

So, looking foreword untuk posting yang akan datang. Tunggu yerk!

[ Cerita penuh... ]

Hehehehe… Greeting y’all! Lama benor aku tak mengupdate blog aku nih. Sampai ada orang yang bertanya ke mana menghilangnya aku dari menulis menda² dalam blog ni. Dah bersara ke hapa?…

Bukan bersara, bukan berhenti… bukan jugak dah fed-up. Cuma sekarang ni, aku agak bizi dengan kerja² opisan dan jugak beberapa perkara peribadi dan impian aku untuk dilaksanakan. Jadi, aku berehat sekejap nak ambik angin baru. Tak salah kan? Tapi, bila 2-3 orang dah bertanya aku tentang blog aku ni, rasa rindu pulak nak menaip balik dan merepek. Derang kata kat aku derang tak der bahan bacaan kat opis. Bosan. Kalo ada menda yang aku tulis kat sini, ada gak ler masa untuk derang nak dibuang, Kah kah kah kah…

Terima kasih kepada Gurl
Terima kasih kepada Aniraz a.k.a. Zarina
Terima kasih kepada Shahrul
Terima kasih jugak pada…

Terharu gak bila dapat tau ada yang suka baca menda merepek aku kat sini. Hehehe… Ye la, aku bukannya tulis menda² yang blog itu dan ini tulis. Aku tak tulis pasal dunia, aku tak tulis pasal politik, aku tak tulis pasal teknologi. Aku hanya menulis untuk diri aku, untuk kepuasan diri, sikit² untuk lepaskan geram tu pun ada gak… untuk membuat momento kepada diri sendiri tentang apa yang berlaku pada diri aku. Supaya aku ingat, I’ve been there and done that! Supaya aku tak lupa.

Bila berhenti menulis dalam blog ni hampir sebulan lamanya, terasa juga ada sekelumit perasaan yang masih lagi terperangkap di dalam kepala yang tak dapat nak dikeluarkan. Bertepek² rasanya pelbagai perasaan yang hendak diluahkan, tapi dipendam, diperam dan dihenyak menjadi tebal dalam benak. Time rasa nak meletup, meletup gak la. Kalo tak, aku biarkan jer sampai aku lupa time aku main game, tengok dvd dan jugak bergaduh dengan Ijat ( ;p). Lepas tu tak nak ingat balik sampailah ianya datang balik dalam kepala dan pusingan tu terjadi balik. Hehehehe… Bahaya kan? Boleh gila kalau siapa yang tak tahan.

So, tak mo tulis pepanjang. Nanti korang bosan lak. Aku benti sini dulu. Nanti aku sambung balik. Esok kot. I promise I will come back and write stupid things! By the time y’all wait, tengok la dulu gegambar aku time raya ari tuh, okay? (^_^) Good!

p/s: Sorry. Tak der gambar best pun time raya ari tuh. Gambar² ni la yang paling best buat aku.

[ Cerita penuh... ]

Salam sayang untuk semua…

Lama dah tak menghantar posting ek! Bukan apa, since aku tak boleh tidur dulu, dan sekarang lepas boleh tidur balik (kena gak amek ubat!), aku tak mo mensia-siakan peluang tidur yang aku dapat tu. Pantang mata mengantuk jer, sure aku akan melelapkan mata. Biarlah aku jadik sloth sekejap daripada aku menjadi ayam yang tidurnya sentiasa tak cukup. Tulah sebabnya aku dah lama tak membuat posting. So, insyaAllah, lepas ni, boleh lah aku menghantar posting best² tentang apa yang berlaku.

Sempena dengan ini jugak (disebabkan aku akan pulang ke kampung halaman esok malam), aku takut tak sempat pulak aku buat posting ni, jadik walau pun mata ni macam ditongkatkan dengan batang mancis, aku tetap akan postkan jugak… Yelah… Nak kat 5 hari aku ambil cuti, tak sempat pulak beraya dengan korang,

SHRA

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2-3 hari yang akan datang, aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”… dan “Maaf Zahir dan Batin"… Memang terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan samada aku sengaja atau tak sengaja… tak kiralah melalui perbuatan atau pun perkataan yang aku keluarkan. Maklumlah, aku ni manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan. Baik kesalahan yang kecil mahupun yang besar. Jadi, di hari baik dan bulan yan baik ini, aku mohon sepuluh jari meminta ampun dan maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung jari. Halalkan segala yang termakan, terminum, terambil dan yang sewaktu dengannya…

Kalau korang tak bizi, pada hari lebaran nanti, datang²lah ke kampung aku di Tanjung Rambutan sana nun. Kehadiran korang ke kampung aku nanti mungkin akan memeriahkan dan memarakkan lagi suasana hari raya yang akan di sambut. Janji call dulu. Jangan lupa ek! Rumah aku sentiasa terbuka untuk korang (di hari raya ni).

Bagik korang yang akan memandu ke kampung, jangan lupa check mana yang patut kenderaan tu. mana lah tau… malang tak berbau. Bila² sahaja boleh kena. Jadi, sebelum apa² berlaku, ambil langkah² yang sepatutnya dan pandulah dengan cermat dan berhati². Biar kita balik kampung ni dengan kegembiraan buat ahli keluarga, bukan dengan tangisan…

Okaylah, sekali lagi, aku mengucapkan “Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir dan Batin”… Semoga Hari raya korang dipenuhi dengan keriangan dan kegembiraan…

Salam Lebaran,

- Ijann -

[ Cerita penuh... ]

Greeting guys!…

Gosh! The time is already late, and I should have already gone to bed. Unfortunately, I can’t. Not yet!… Sebab aku… tak boleh nak tidur. Paling awal pun, mungkin jam 4.30 pagi kot sekarang nih, baru aku boleh lelapkan mata. Tu pun tidur² ayam jer… Huhuhu… Susah betul aku nak tidur sekarang ni. Nak kata aku banyak fikir, mungkin ya, mungkin tak… Kalau ya pun, aku dah lama put aside dan fokus untuk menidurkan diri, kalau tak… kenapa aku tak boleh tidur?

Lompat atas katil jer la aku ni. Jom join lompat sekali…

What is Insomnia?

Insomnia is a symptom of any of several sleep disorders, characterized by persistent difficulty falling asleep or staying asleep despite the opportunity. Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. It is typically followed by functional impairment while awake.

Click here for more!

Sebenarnya, masalah ni dah lama dah aku hadapi. Mungkin semenjak awal tahun hari tu kot (mungkin dari dulu). Aku pun tak berapa nak pasti. Tapi, semenjak 2 menjak ni, aku rasa masalah aku ni dah jadik kronik sikit. Mana tak nya… Rata² sekarang ni, aku dapat melelapkan mata lebih kurang pukul 5.30 pagi, dan itu pun boleh dikatakan aku hanya tidur² ayam jer. Pantang ada bunyi sikit, sure aku akan terjaga dengan sendiri. Bila dah terjaga, memang susah nak melelapkan mata balik.

Macam sekarang ni, jam dah nak dekat 3.30 pagi dah. Mata aku ni masih lagi segar macam orang yang baru bangun tidur. Tak der tanda² langsung yang menunjukkan aku dalam keadaan mengantuk atau apa. Cuma mata ni selalu sangat berair sebab lama sangat terbukak kot. Kelopak mata memanglah kuyu, tapi bukan disebabkan mengantuk atau apa, semuanya sebab letih tak dapat nak tidur. Ye la, bila badan tak rehat, otak pun tak rehat gak. Bila otak tak dapat rehat dengan tidur yang cukup, memang la effect badan! Adeh! Tolong!

Bila tak boleh tidur, memacam menda aku buat. Dari melayan Facebook, ke main game, melayan movie ke membaca majalah… Semuanya aku buat supaya aku dapat tidur. Tapi tak jalan gak. Memacam petua aku ikut. Dari makan pulut, sampailah mengeringkan air dalam badan, tidur dalam gelap… Memacamlah! Semuanya memang tak berapa berkesan. Adula! Apa aku nak buat ni ha? 2 hari lepas, aku rasa la, rekod aku tak tidur paling lama. Hampir 2 hari setengah aku tak tidur dan bila dapat tidur, hanya last 2 jam sahaja sebelum aku pergi kerja. Haduuuu…  Nasib baik aku masih fresh time kerja. Kalo tak nahas!

Minggu depan, mungkin aku nak gi jumpa doktor (balik!). Nak tau naper aku tak boleh nak tidur. Badan aku pun dah susut sikit sebabkan menda nih (hehehe… bagus gak tuh!). Apa pun, kalo semua tak jalan gak, mungkin aku akan ambik balik preskripsi aku macam dulu, ubat penenang yang dah lama aku tak ambek. Huhu… Well ni bukan kali pertama aku mempunyai masalah tak boleh tidur. Sejak dari dulu lagik. Tapi dulu lagi kronik, cuma sekarang jer dah kurang skek (tapi berulang balik)…

Okay la guys. Aku nak try dulu menidurkan diri. Sebelum aku gi masuk tidur, aku nak tunjukkan sikit apa yang ada dalam kepala aku sekarang nih!. Semuanya lebih kurang macam gambar di bawah!… Memang tepat sekali apa yang cuba artis ni cuba gambarkan! Hehu…

insomm

p/s: Mild headache!

[ Cerita penuh... ]
9/04/2009

Buka puasa.

Adeh! Senak gak perut berbuka puasa tadik. Bukannya apa, senak sebab terlalu banyak stuffed makanan dalam perut. Some more, Kak Shima asyik buat lawak spontan dia jer kat meja kitaorang. Macam nak termuntah pun ada. Apa pun, berbuka kali ni, masih tetap macam dulu, hingar-bingar dengan gelak tawa kami di Credit Control walaupun di meja kami hanya terdapat 5 orang sahaja…

Jom lompat bio makanan turun cepat!

Time 4.30 petang jer, terus aku, Lisya ngan Kak Shima shoot ke pasar malam di Jalan Masjid India. Nak window shopping kononnya. Bukannya apa, saja jer nak memenuhkan waktu sehingga waktu berbuka nanti. Ye la, bulan puasa ni, office hour habis 1/2 jam lebih awal dari biasa. Ada 2 jam setengah nak menunggu waktu berbuka. Jadik, idea dari Lisya untuk ke Jalan Masjid India memang dialu²kan, walaupun pada mulanya aku agak keberatan nak pergi. Dalam kepala hanya teringatkan bantal dan katil jer.

Lebih kurang jam 6.15 petang, kami terus keluar dari Jalan Masjid India dan terus menuju ke hotel Grand Season sebab kat sanalah majlis berbuka puasa tu diadakan. So, macam biasa, kami sampai awal daripada yang lain sebab waktu tu pun lebih kuran jam 6.45 petang. So, duduk² dulu kat meja yang kami dah reserve dan menunggu waktu berbuka.

Kami mengambil makanan 15 minit lebih awal. Ye lah, makan buffet macam ni memang la penuh dengan orang. So, kalau lambat ambik, surelah kena beratur. Dari mengelakkan menda tu terjadi, lebih baik ambik awal. Aku ambek lebih kurang jer, sikit² takut nanti tak habis. Lagi pun, time buffet ni lama, So, ambik jer la mana yang perlu sebelum pusing untuk round kedua dan ketiga…

Satu yang aku tak lupa, macam jugak tahun² lepas, projek penyeludupan makanan masih dijalankan. Hehehe… Jenuh mata tolong tengok line clear ke idak. Yang si Lisya pulak, terbahak² gelak bila nak bungkus makanan tu. Hehehehe… Kak Shima pulak, buat muka selamba derk jer. Siap bawak tupperware lagik! Hehehe…

Satu yang aku tak boleh lupa pasal berbuka puasa ni, pengalaman baru buat aku, aku mencuba untuk makan tiram mentah. Cuba jer satu, mana tau sedap. Time aku masukkan jer dalam mulu, mak aih! Rasa macam nak muntah jer. Segala macam menda ada. Dari rasa hanyir, lendir dan segalanya yang tak sedap la, ada dalam mulut aku. Time tu pulak, bebudak lain termasuklah bos aku tengok gelagat aku makan tiram tu buat first time. Nak aku luahkan, tak sedap la pulak sebab kat tempat public kan. Tempat makan plak tu. Nak tak nak terus la aku telan… Time tu gak aku rasa nak termuntah. Tapi aku tahan jer. Bergelas gak la aku minum air.  Huhuhu… Yang lain plak, pakai gelakkan aku besar²an… Adeh! Tapi tak per, pengalaman ni kira okay la jugak sebab lepas ni, aku dah boleh makan menda ni. No problem punya la!… Actually, the taste not so bad la! Hehehehe…

Until next time!

[ Cerita penuh... ]

Aku betul² rindu dengan cubicle lama aku semasa aku duduk kat Ampang Puteri. Tempat yang baru ni, bukan tak best, tapi terasa macam tak bermakna bagi aku…

Jump…

Tempat lama ni banyak memberikan kenangan kepada aku, dari mula aku masuk kerja, sehinggalah waktu² akhir aku di situ sebelum berpindah ke pejabat baru di Bangunan Pharmacare. Terlalu banyak kenangan manis yang tersimpan kat situ. Kenangan apa? Biarlah aku dan orang² tertentu sahaja yang mengetahuinya. Aku masih lagi merindui cubicle ni, dan sekiranya ianya tiada lagi di situ, aku masih lagi menyukainya…

Thanks cubicle. Thanks for giving me the opportunity… You will be missed! (T_T)

[ Cerita penuh... ]
8/31/2009

Merdeka day…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52!

Hahahaha… Tahun ni, agak meriah jugaklah sambutan hari kemerdekaan aku kalo nak dibandingkan dengan tahun² sudah. Kenapa? Sebab tahun ni aku telah disenaraikan oleh company aku untuk menyertai kontigen perbarisan dalam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 52.

Memanglah pada mulanya kami pektis marching macam nak rak, tapi sudahnya, marching telah dibatalkan dan digantikan dengan pasukan lambai di sepanjang jalan di dataran Parlimen. Huhuhu… Kalau dulu, apa yang dirancangkan adalah dengan mengadakan kawad di Stadium Nasional Bukit Jalil, tapi memandangkan flue babi tak reda lagik, derang dah pindahkan acara ke dataran Parlimen pulak. Baguih la! Tak ler penat sangat nak marching dalam bulan poser nih. Hehehe…

Jom lompat…

Hari pertama (30.8.2009)

Memang hari ni tak ada prektis melambai macam hari sebelumnya. Sebab pada hari ni, kami akan di check-in kan ke dalam hotel Grand Continental. Sebabnya KPJ tak nak sesapa yang menyertai sambutan hari kemerdekaan ni datang lambat macam hari latihan dulu. Ada yang datang lambat, ada yang datang lewat.. ada gak yang tak datang langsung. So, sesapa bila dah dikumpulkan sekali, senanglah kerja. Esok bila nak ke Parlimen, pergi sekali.

Tak ada apa pun yang menarik lepas kami check-in kat hotel. Dapat kunci dalam pukul 12 tengahari, then ada la taklimat daripada En. Azri yang merupakan ketua kontigen KPJ nih. So, dalam bilik ni, aku dah di tempatkan bersama dengan 2 orang kawan baru aku yang juga merupakan ahli kontigen KPJ. Derang dua ni adalah student PNC dalam fisiologi physioteraphy. Sorang nama Omar, sorang lagi nama Zai. Kepala kerek macam aku gak. Hahahaha… Besh besh!

So, hari yang pertama ni, tak ada apa pun yang kitaorang buat, selain daripada membuat paras, mengedar pakaian untuk dipakai esok hari dan jugak aktiviti berbuka puasa. Sebelah malam pulak lepas berbuka puasa lebih kurang jam 9 malam, ada lagi taklimat daripada Datin Fauziah, HR Manager KPJ. Then lepas tu, kami bilik untuk tidur sebab esok pagi kitaorang kena bangun awal lebih kurang jam 4 pagi; untuk sahur dan bersiap.

Balik bilik, aku, Omar dengan Zai sembang bagai nak rak, sambil menjahit logo KPJ kat baju yang akan kitaorang pakai esok, sambil mendengar lagu raya sekuat² alam. Hahahaha… Lantak la buat bising pun, bukan ada orang pun kat floor kitaorang nih! Pastu, Omar ngan Zai nak kluar gi Coket jap cari seluar, aku plak mandi bubble bath ( :p ) Dalam bilik air… Wahahaha… Best betul! Then, tidooo…

Hari kedua (31.8.2009)

Kitaorang bertiga bangun awal ari nih, pukul 4.00 pagi dah bangun. Tu pun pas alarm tipun masing² dah melalak. Ha, apa lagik, masing² gi basuh muka segala sebab nak turun makan sahur. Tak der kosernya nak mandi pagi² nih. Terus jer sarung seluar, sikat rambut pastu terus turun ke lobby untuk ke dewan makan.

Aha! Kitaorang la orang KPJ paling awal turun. Sorang pun tak nampak batang idung. Sah memasing tengah sedap tidur. Kitaorang bantai la makan sampai lah nampak beberapa orang budak KPJ lain turun untuk bersahur dengan berpakaian siap untuk sambutan hari kemerdekaan nanti. Ayomak! Derang dah siap dah. Kitaorang bertiga still lagik dengan pakaian tidur. Hahahaha… Lekas² kitaorang makan, then terus naik bilik untuk pakai pakaian kitaorang. Bila dah siap, kitaorang turun balik ke lobby dan berkumpul dengan the rest. Tepat jam 6.00 pagi, kitaorang bertolak ke Parlimen dengan menaiki bas.

Sampai kat sana, kitaorang merupakan kontigen pertama yang sampai, Hahaha… Lantak kome lah yang lain nak sampai lambat ker. Asalkan kitaorang panctual sudah. Aku time nih dah berpakaian OT (operation theater). Si Omar dengan Zai pulak berpakaian office a.k.a. Support Service. Masing² dah siap dalam barisan dengan tangan pegang bendera dan shield 1 Malaysia. Dok la kitaorang kat situ sampai la hari siang dan acara kemasukan orang ternama ke pentas utama.

Pung pang pung pang… Acara pun abes. Time orang² kenamaan keluar dari pentas utama, kerja kitaorang la untuk melambai derang sama macam derang masuk tadi. Kira macam bagik warm welcome dengan sad goodbye la tu. Huh! Hampeh!!!… Pas abes sumer derang balik, kami satu kontigen pun membuat acara paling penting untuk hari ni, iaitu acara bergambar. Penat la berposing sana sini… Hehehe… Maklumlah, ada jer kamera, posing… Kamera kat situ posing… Kamera sini, posing lagik. Kira macam hantu bergambo la… Janji muka masuk dalam frame.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, bas pun datang. Naiklah kitaorang untuk balik semula ke hotel sebab acara sambutan hari kemerdekaan dah habis. So, dalam bas, masing² dah lengek, dah tak bermaya dah semua. Penat nak mampos. Tapi aku okay lagik… Memana yang tak tidur dari semalam, memang dah tak larat nak angkat mata dah, dalam bas dah melayan tidur. Bila sampai kat hotel, En. Azri bagik briefing penutup acara sebelum kami semua pulang ke bilik untuk berehat, dan kemudian check-out jam 12.00 tengahari… Balik la rumah lepas tu.

Fin.

p/s: Penat nak mampos!… Korang sambut merdeka kat mana laks?

[ Cerita penuh... ]
8/29/2009

Adoyai...



Hari masih lagi muda. Waktu sekarang lebih kurang pukul 9 pagi. Tapi raptai dah pun habis. Kalau diikutkan, memang tak de marching hari ni. Cuma ada acara melambai kedatangan sultan je. Adoyai. Kalo aku tau, aku dok umah je tidur. Haha…

Apapun, raptai pagi ni agak boring. Sumernya macam nak buat publisiti murahan untuk diri sendiri. Malas aku nak join. Memalukan diri sendiri je.

Esok ada lagi raptai latihan, cuma esok aku akan check in ke hotel kat Grand Continental. Selain tu, aku free.

Chow. Till next time...

[ Cerita penuh... ]

Yesterday…

Today…

Tomorrow…

And day after…

And day after that…

4 5 excruciating days for me to face! Gosh!… It seems like forever! I want it to be Tuesday Wednesday already. To keep on smiling…

[ Cerita penuh... ]
8/28/2009

Anak angkat? Soon!

Aku memang bercadang untuk mengambil seorang anak angkat in the near future. Aku tau aku tak kawen lagik, tapi memang dah lama menjadi keinginan aku untuk mengambil anak angkat seorang dan mencurahkan semua kasih sayang aku padanya. Lantak korang la nak cakap apa pun, tapi itulah hajat aku selagi nyawa masih dalam hayat aku.

Lompat…

Aku pernah gak menyatakan hasrat aku ni pada kedua orang tua aku, dan seperti yang dah aku jangkakan, derang memang tak suka dan tak setuju. Derang lebih prefer aku mempunyai anak sendiri dengan… berkahwin. Adeh! Maleh betul aku bila derang ungkit pasal menda nih. So, aku jawab jer la aku ada reason sendiri dan aku nak buat kebajikan. Tak salah kan?

Tadik, aku surf la memenda tentang perihal nak ambek anak angkat nih. Aku terjumpa site nih. Terbuka luas hajat aku nak mengambil anak angkat. So, bawah ni apa yang dia bagi tau. Bawah perenggan syarat² tu, aku senyum besar jer bila ditulis orang bujang pun boleh memohon. Hahaha… Besh besh!!!

Permohonan Anak Pelihara   

DEFINASI

Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / bapa peliharaan :
- Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak
a) Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang telah diberikan oleh perintah Mahkamah
di bawah perenggan 
b) Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan,
untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya
Anak Pelihara : Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001

OBJEKTIF

Ibu Bapa Pelihara
Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara

Anak Pelihara
Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

SYARAT-SYARAT :

Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
Berusia 25 hingga 60 Tahun
Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan
(pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

Menilai latar belakang sosial pemohon
Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:

Pn Wan Zabariah binti Wan Harun - 03-26165954
En Mohd Kamal bin Mohd Ghadzalli - 03-26165949

p/s: Doakan harapan aku ni menjadi kenyataan nanti!

[ Cerita penuh... ]

I really love this movie. Particularly the case of Juliette and Marc. Looks familiar! I’ve been in Marc shoes and knew how it felt! Only in different situation! Haha… Enjoy the song!

p/s: My wasted heart will love you… (because) to me you are perfect!

[ Cerita penuh... ]

mission_logo_001

Aku sekarang ni tengah dalam misi untuk mencapai beberapa target dalam masa terdekat. Hahahaha… Nak tau apakah misi tu? Hehehe… Tunggu kata² dari penaja dulu. Ahahahaha…

Jom terjun paracut untuk ke misi…

Misi pertama : Turunkan berat badan. (^o^)/

Gelak la korang bila baca misi aku yang pertama ni. Aku sendiri pun gelak gak bila aku tulis menda alah ni. Tapi betul apa yang aku cakap tu? Memang aku tau aku dah gemok gila sekarang. Mana tak nya. Berat aku dulu lebih kurang dalam 105kg. Jangan la terkejut. Memang berat giler. Kalo nak dibandingkan dengan ketinggian aku (178.5cm), BMI readings memang tak balance. Sekurang² aku kena berada dalam berat sekitar 75kg jer. Maknanya aku kena loose weight lebih kurang 30kg. Mak Aih, banyak betul! Mampukah aku?

So, setakat ni, aku dah berjaya mengurangkan berat badan aku ke 97kg. Kurang la 8kg. banyak gak tuh. Ada lagik 22kg aku kena kurangkan. Hahahaha… Tapi jangan la pulak korang cakap time puasa ni berat aku turun. Owh no no no!… Aku dah mula menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum puasa lagik! Huhuhu… Bukan apa, ari tuh dah kena tegur dengan tuktur bahawa aku ni dah overweight. So, kena la kurangkan berat badan kalo nak selamat. Adeh! Seram pulak aku dengar tuktur tu cakap cam tu kat aku. Macam la esok² aku dah nak mati disebabkan obesiti.

So, starting from today, aku kena turunkan 22kg supaya BMI aku kembali balance dengan ketinggian aku. Kang tak der pulak orang yang nak meminang aku! WAHAHAHAHAHA… Nanti la, kalo aku rajin, aku updatekan berat aku hari ke hari turun berapa. So, korang boleh tau cemana progress aku, dan aku gak motivate diri sendiri supaya lebih kuat berusaha. Positif beb, positif! Itu yang penting…

Misi kedua : Mulakan chapter baru dalam hidup aku!

Kalo korang mengikuti blog aku nih, korang tau la apa jadik kat aku semenjak dua menjak nih! Mental breakdown aku membawa aku menjadi seorang yang agak sasau! Meghoyan tak tentu hala sebab tak dapat nak menerima kenyataan bahawa aku kena rijek. Ahahaha… (^o^)/ Satu lagi statement yang agak menggelikan hati sendiri, mungkin jugak bagi korang yang membaca. Well, walaupun aku masih belum lagi 100% belum dapat menerima kenyataan itu, aku terpaksa jugak kena telan sebab… aku dah tak nak lagi membuang masa aku dengan mengasihani diri sendiri, menangis (Gelak la… gelak! Cakap la apa korang nak cakap, tapi itulah hakikatnya, tak kira la perempuan atau lelaki, pasti akan menangis jugak!) dan jugak memikirkan kekurangan diri.

Cuma aku berfikiran postif sahaja sekarang ni dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa, “I got nothing to loose! Dia tak nak aku, maka dia adalah seorang yang amat rugi kerana tak mahu mengenali siapa diri aku, dan apa yang telah dia kehilangan.” Kena la pujuk hati sendiri babe dengan mengatakan benda² sebegitu pada diri sendiri. Kalau diri sendiri tak pujuk, siapa lagi? So that’s it! Tutup chapter lama, dan mulakan chapter baru yang bakal menyusul. Harap² indah la hendaknya. Apa² pun, happy yang penting…

Misi ketiga : Menjadi orang yang lebih transparent dan honest.

Hahahaha… Yang ni, aku kena berterima kasih kepada seseorang yang baru aku kenali semalam. Respect aku dengan cara dia. Kalo ko baca apa yang aku tulis ni, I salute you! You already become my idol! Sekurang²nya aku belajar benda baru dalam hidup aku. Ya cakap ya, tak cakap tak. Be transparent dengan apa yang dikatakan. Sekurang²nya aku jujur dengan diri sendiri, dan jugak jujur pada orang yang sedang aku katakan. Sekurang²nya apa yang aku cakapkan, tak diterima secara salah. Jadi diri sendiri dan tak perlu jadi diri orang.

Bukan apa, kadang² dah penat dah nak jadi orang lain. Dah penat menghipokritkan diri sendiri sebab terpaksa berpura² semata² nak menjaga hati dan perasaan orang lain, tapi perasaan sendiri terabai. Last² dok monyok kat dalam bilik. Bermelancholy secara tak sedar. So, I’m not going to be that person anymore. I want to be me, and I want to be who I really am…

Misi keempat : Ulang semula misi pertama sehingga misi ketiga

Ahahaha… Misi ke ni? Boleh la dikatakan misi. Kalo tak der misi, keempat ni pun, tak guna ada misi pon. Baik jadik misi kat hospital, lagi bagus. Hehehe… Semoga misi pertama hingga misi keempat tu, akan menjadikan aku orang yang lebih baik (a better person).

p/s: Kalo ikutkan, banyak lagi misi yang nak aku nak buboh. Tapi tak guna gak kalo bubuh misi bebanyak kalo tak buat. Cukuplah empat jer misi tu untuk masa terdekat ni. Itu yang penting bagi aku sekarang! Korang, ada misi yang korang dah tetapkan? Ada? Bagus… Tak der? Pikir baliklah! Hidup kat dunia ni tak lama, gunakan sebaiknya!

[ Cerita penuh... ]



Arkib Posting Sebelum Ini